Pada 23 Februari 2015, telah diadakan Persembahan Tarian Singa bersama NGO sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Penjara Sungai Buloh. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Pemulihan, Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan Kuala Lumpur . Program yang merupakan acara tahunan ini dimeriahkan dengan kehadiran PKP Mohd Farid Bin Kassim diiringi oleh PP Raja Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar serta kakitangan dan melibatkan seramai 321 orang penghuni pelbagai kaum. Program ini bertujuan untuk menggalakan penglibatan NGO dalam aktiviti pemulihan penghuni di dalam penjara disamping memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina 2015.
""